suria

Buah zakar pecah ketika perlawanan, pemain ragbi tetap bertahan sampai 45 minit

Dia telah menjalani pembedahan dan dijangka boleh kembali beraksi empat minggu lagi. Foto: Getty.

PEMAIN ragbi Chanel Harris-Tavita mengalami kecederaan pada buah zakar dalam perlawanan yang berlangsung Isnin lalu.

Buah zakar pemain itu pecah selepas dia bertembung dengan rakan sepasukannya, Josh Curran yang secara tidak sengaja telah menyepak bahagian alat sulitnya.

Dia diberikan rawatan selama dua minit di tepi padang sebelum kembali meneruskan perlawanan.

Biarpun terpaksa menahan sakit, atlet itu tetap meneruskan permainan selama 45 minit.

Harros-Tavita juga telah menjalani pembedahan dan dijangka boleh kembali beraksi empat minggu lagi.

Ketiadaan Harris-Tavita dijangka memberi kesan buat pasukannya, Warriors menjelang perlawanan seterusnya pada Sabtu.

Selain Harris -Tavita, beberapa pemain seperti Curran dan Dallin Watene-Zelezniak turut direhatkan gara-gara kecederaan.

Seorang lagi pemain, Aaron Pene pula sedang digantung perlawanan manakala Kodi Nikorima sedang menjalani kuarantin selepas positif Covid-19. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain