suria

Pelumba basikal Girmay tarik diri, mata cedera terkena penutup botol minuman ketika rai kemenangan

Girmay mengalami kecederaan selepas penutup botol minuman terkena matanya. foto EPA

KEMENANGAN pelumba basikal, Biniam Girmay berakhir dengan kesakitan selepas penutup botol minuman yang dibukanya terkena matanya.

Kejadian berlaku di atas podium dalam kejohanan Giro d'Italia pada Selasa.

Pemuda berusia 22 tahun itu merupakan pelumba black African pertama memperoleh kemenangan di peringkat Grand Tour, selepas menewaskan Mathieu van der Poel di peringkat 10 di Jesi, Itali.

ARTIKEL BERKAITAN: Atlet ski merentas desa cemas, kemaluan 'membeku'

Sambutan kemenangannya terhenti seketika selepas gabus penutup botol terkena matanya selepas cuba membukanya di atas podium.

Dia segera menutup mata kiri menggunakan tangannya kerana kesakitan, sebelum menyembur minuman bagi merai kemenangan sambil memejamkan matanya.

Girmay kemudian menghabiskan beberapa jam di hospital bagi menerima rawatan sebelum kembali ke hotelnya untuk meraikan bersama pasukannya.

Bagaimanapun, dia menarik diri daripada mengambil bahagian dalam Giro selepas mengalami kecederaan mata.

Bercakap kepada Sporza, doktor, Piet Daneels berkata, pelumba itu mengalami pendarahan di bahagian mata. - Mail Online

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain