suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Atlet ski merentas desa cemas, kemaluan ‘membeku’

Remi Lindholm (gambar fail) menyertai acara ski merentas desa. foto Reuters

ATLET Finland, Remi Lindholm mengalami kekakuan selepas mengambil bahagian dalam acara ski merentas desa 50 kilometer (km) Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing, China

Acara itu dipendekkan kepada 30km kerana cuaca buruk dan keadaan yang begitu sejuk.

Bagaimanapun, jarak yang dipendekkan itu tidak dapat menghalang kemaluan Lindholm daripada 'membeku'.

Atlet itu menduduki tempat ke-28 dalam masa 1:15:55, lebih empat minit di belakang pemenang pingat emas Alexander Bolshunov dari Rusia.

"Anda boleh meneka bahagian badan mana yang sedikit beku apabila saya tamat perlumbaan.

"Ia adalah salah satu pertandingan paling teruk yang pernah saya sertai. Ia hanya tentang bertarung," katanya kepada media Finland, Iltalehti.

Lindholm mengakui dia menggunakan pek haba untuk cuba 'memanaskan' kemaluannya sebaik perlumbaan tamat.

"Apabila bahagian badan mula memanas selepas tamat, kesakitan tidak dapat ditanggung," tambahnya. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia