suria

Tersilap teknik, pemain ski tak sengaja langgar videographer bertugas ketika Olimpik Musim Sejuk

Sallinen terlanggar seorang juruvideo ketika pusingan kelayakan Olimpik Musim Sejuk di Beijing.

MALANG tidak berbau.

Begitulah kisahnya mengenai seorang pemain ski yang terlanggar juruvideo bertugas ketika pusingan kelayakan pertama Olimpik Musim Sejuk di Beijing.

Jon Sallinen, 31, hilang kawalan selepas dia tersilap teknik ketika sedang beraksi, menyebabkan dia terlanggar juruvideo tersebut.

Biarpun terjatuh, atlet Finland itu tetap meneruskan acara berkenaan sehingga tamat.

"Saya harap juruvideo itu baik-baik saja sebab saya betul-betul mendarat di atasnya," ujar Sallinen selepas pusingan tersebut berakhir.

Selain Sallinen, seorang lagi pemain ski dari New Zealand, Ben Harrington turut terjatuh ketika acara itu berlangsung.

Untuk rekod, Olimpik Musim Sejak berlangsung sejak 4 Februari lalu dan dijadualkan berakhir pada 20 Februari. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain