suria

Hebat! Zii Jia tundukkan juara dunia

Lee Zii Jia ketika beraksi menentang pasukan Singapura Loh Kean Yew. foto Bernama

JAGUH perseorangan negara, Lee Zii Jia membuat kejutan apabila menundukkan juara dunia, Loh Kean Yew dari Singapura pada Rabu.

Kemenangan itu diraih menerusi aksi Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Dengan aura tersendiri, Zii Jia begitu mudah menewaskan Kean Yew menerusi kemenangan 21-6, 21-14.

Menerusi aksi pertama membabitkan Malaysia bertemu Singapura dalam aksi Kumpulan B BATC 2022 membolehkan skuad negara mendahului dengan kedudukan 1-0.

Kali terakhir membabitkan pertemuan antara kedua-dua pemain menyaksikan Kean Yew menang selepas Zii Jia menarik diri akibat kecederaan ketika final Terbuka Hylo di Jerman, November lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain