suria

Detik cemas pesawat bawa skuad Manchester City gagal mendarat gara-gara Taufan Dudley

Pesawat berlegar di ruang udara Lapangan Terbang Manchester sebelum juruterbang memutuskan untuk mendarat di Liverpool. Foto: Aviationupclose

PESAWAT yang membawa skuad Manchester City gagal mendarat di Lapangan Terbang Manchester pada Rabu, susulan angin kencang.

Video yang tular di media sosial menunjukkan detik mencemaskan di mana pesawat tersebut gagal mendarat.

Pesawat Boeing 757 yang membawa anak buah Pep Guardiola dari Lisbon usai aksi menentang Sporting Lisbon, dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Manchester pada Rabu (waktu tempatan).

Namun juruterbang pesawat Titan Airways itu gagal mendarat, lantaran ketika ini Britain dilanda Taufan Dudley.

Dalam video yang didedahkan Aviation Upclose melalui YouTube, kelihatan pesawat tersebut berlegar di udara kerana kesukaran mendarat susulan angin kencang.

Juruterbang akhirnya memutuskan untuk mendarat di Lapangan Terbang John Lennon di Liverpool. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain