suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sukan SEA Hanoi: Golf berpasukan lelaki tambah kutipan pingat emas negara

Ervin Chang ketika beraksi di Heron Lake Golf Course & Resort pada Rabu.

KEJAYAAN pasukan golf lelaki pada Sukan SEA Hanoi 2021 wajar menjadi inspirasi kepada kita semua.

Menerusi acara pada Rabu, pasukan yang diwakili Ervin Chang, Marcus Lim dan R.Haasrikanesh berjaya menambah koleksi pingat emas kontinjen negara setelah menewaskan pasukan dari Thailand di Heron Lake Golf Course & Resort.

Lebih membanggakan, aa merupakan emas kedua daripada sukan golf setelah Ervin meraih emas pertama apabila memenangi acara individu lelaki pada Ahad.

Pada acara individu lelaki Ahad lalu, Ervin menewaskan atlet Indonesia, Amadeus Susanto Christian (70-71-68) dalam perlawanan ‘play-off’ tiga lubang setelah kedua-duanya terikat pada kedudukan tujuh di bawah par 209 selepas mengharungi tiga pusingan.

Kejayaan itu sekali gus menamatkan penantian kontinjen negara selama 20 tahun bagi meraih pingat dalam sukan golf di pentas Sukan SEA.

Sementara itu, pasukan golf wanita yang diwakili Jeneath Wong dan Mirabel Ting meraih perak bagi acara berpasukan di venue sama.

Ahad lalu, Jeneath sekadar meraih gangsa bagi acara individu dengan mencatatkan -5 di bawah par untuk tiga hari pertandingan. - Sinar Harian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain