suria

Idrissa Gueye rela terlepas perlawanan, nekad enggan sarung jersi warna pelangi

Gueye (kiri) enggan menyertai rakan sepasukannya memakai jersi yang direka untuk menyokong inisiatif anti-homophobia. Foto: Getty Images

PEMAIN tengah Paris Saint-Germain (PSG), Idrissa Gueye berdepan kritikan selepas dia terlepas perlawanan dengan Montpellier gara-gara enggan menyarung jersi yang mempunyai nombor berwarna pelangi.

Jersi tersebut direka untuk menyokong inisiatif anti-homophobia, sempena solidariti untuk Hari Antarabangsa Menentang Homophobia, Biphobia dan Transphobia yang diraikan pada Selasa.

Dek kerana pendirian tersebut, Gueye hanya menonton aksi rakan sepasukannya menentang Montpellier dari tempat duduk.

Pengurus PSG, Mauricio Pochettino berkata ketiadaan Gueye 'adalah atas sebab peribadi, tetapi dia tidak cedera'.

Sumber daripada PSG memaklumkan, Gueye enggan menyertai rakan sepasukannya memakai jersi tersebut.

Kumpulan aktivis anti-homofobia, Rouge Direct mendesak Liga Perancis dan PSG untuk mengambil tindakan ke atas Gueye.

Untuk rekod, Gueye, 32, adalah seorang Muslim yang taat dan dia kerap berkongsi mesej tentang kepercayaannya di seluruh platform media sosialnya. - Dailymail.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain