suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tahniah! Zii Jia juara Terbuka Thailand 2022

Zii Jia menewaskan Shifeng dengan keputusan 17-21, 21-11, 23-21. (Foto: AP)

LEE Zii Jia berjaya menjulang gelaran juara di Terbuka Thailand 2022 yang berlangsung sebentar tadi.

Pemain berusia 24 tahun itu menewaskan Li Shifeng dari China dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki Terbuka Thailand di Impact Arena di Bangkok pada Ahad.

Zii Jia, mengambil masa selama satu jam 10 minit untuk menewaskan Shifeng dengan keputusan 17-21, 21-11, 23-21.

Kemenangan itu bermakna Zii Jia telah memenangi gelaran individu kedua berturut-turut buat kali pertama dalam kariernya selepas menjuarai Kejohanan Asia awal bulan ini di Manila. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain