suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita tikam perut sendiri, reka senario diserang gara-gara enggan bayar hutang

Wanita parah di perut akibat kesan tikaman yang dilakukannya.

BAGI mengelakkan diri daripada membayar semula wang yang dipinjam, seorang wanita sanggup menikam perutnya dan mereka cerita tentang senario pembunuhan.

Dia yang berusia 38 tahun kemudiannya dibawa ke hospital oleh seorang wanita yang merupakan pesara guru.

Pada masa kejadian, dia mendakwa telah diserang oleh dua orang lelaki tidak dikenali yang mahu membunuhnya di daerah Satuek di Buriram, Thailand.

Malah katanya, salah seorang lelaki terbabit bertindak mencekik lehernya manakala seorang lagi menikam perut.

Dia turut mendakwa tidak dapat mengenal pasti penyerang kerana kedua-dua mereka menutup muka.

Dalam pada itu, pegawai polis dari Balai Polis Satuek menyatakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian tidak memaparkan insiden seperti yang didakwa wanita terbabit.

Susulan daripada itu, mereka sekali lagi menyoalnya sehingga dia mengakui telah mengada-adakan cerita bagi menyelesaikan masalah kewangan. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain