suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah main bunga api dalam dewan, hampir 100 tetamu majlis kahwin di Iraq maut

Kebakaran berpunca daripada bunga api yang dinyalakan di dalam dewan berkenaan.

SEKURANG-kurangnya 94 orang maut dan 100 lagi cedera dalam kebakaran yang berlaku semasa majlis perkahwinan di Iraq pada malam Selasa.

Sewaktu kejadian, beratus-ratus tetamu sedang meraikan pasangan pengantin di sebuah dewan jamuan di Qaraqosh, di wilayah Niniwe.

Saksi dan pegawai pertahanan awam berkata kebakaran itu berpunca daripada bunga api yang dinyalakan di dalam dewan ketika pasangan pengantin menari.

Ekoran kejadian itu, pihak berkuasa pada Rabu menahan 10 kakitangan tempat itu, pemiliknya dan tiga lagi individu yang terlibat dengan bunga api.

Ratusan orang yang berkabung menghadiri majlis pengebumian lebih 40 mangsa di sebuah tanah perkuburan di Qaraqosh, yang juga dikenali sebagai al-Hamdaniya dan Bakhdida.

Pegawai pertahanan awam memberitahu BBC News Arabic bahawa kedua-dua pengantin lelaki dan pengantin perempuannya terselamat, walaupun laporan awal mengatakan mereka telah terkorban.

Terdahulu, video bunga api yang menyambar siling dewan sebelum ia jatuh seperti hujan api ke atas lantai yang dipenuhi tetamu tular di media sosial. - BBC.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain