suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasangan pengantin ambil 'jalan mudah' anjur majlis, jamu McD untuk tetamu

Pasangan pengantin ini menghidangkan McDonald's untuk majlis perkahwinan mereka.

PELUANG menjadi raja sehari akan dimanfaatkan sebaik mungkin dengan mengadakan kenduri besar-besaran.

Santapan bertaraf hotel lima bintang akan dijamu sebagai tanda meraikan momen yang hanya datang sekali seumur hidup ini.

Namun, lain kisahnya untuk pasangan mempelai di Paris, Perancis apabila mereka menghidangkan hidangan McDonald’s kepada tetamu majlis perkahwinan mereka.

Thomas Billaudeau, 27, dan isterinya, Ophelie, 25, membuat kejutan dengan mengenepikan hidangan mahal yang kebiasaannya terdapat dalam majlis perkahwinan.

Dalam video yang dimuat naik di platform TikTok, pasangan pengantin itu berucap di hadapan tetamu dan mengarahkan orang ramai melihat ke belakang dewan.

Seorang penghantar makanan kemudian masuk membawa beg-beg kertas mengandungi hidangan makanan segera itu sambil disambut sorakan tetamu.

Thomas dan Ophelie menghidangkan 300 biji burger bersama hidangan gulung (wrap) dan nuget untuk tetamu mereka.

Hantaran itu tular dan menerima pelbagai komen dengan ada netizen mengecam mereka, namun sebilangan lagi mempertahankan perbuatan tersebut.

“Macam ni rupa majlis perkahwinan? Makan McDonald's je? Saya balik dulu.

“Akhirnya, orang boleh mengadakan majlis perkahwinan yang mereka mahukan tanpa perlu berhutang untuk menunjuk-nunjuk. Asalkan mereka bahagia,” kata netizen lain. - LadBible

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain