suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ngeri! Pelanggan bikin gempar jumpa jari manusia dalam sayur lodeh

Penemuan sebatang jari manusia dalam sayur lodeh. -gambar hiasan

DUA pelanggan dikejutkan dengan penemuan jari manusia dalam sayur lodeh yang dibeli mereka.

Penemuan cebisan tubuh manusia itu turut menggemparkan penduduk setempat.

Kejadian berlaku di Belu di Nusa Tenggara Timur (NTT), Indonesia.

"Kita sudah siasat beberapa saksi, termasuk pemilik gerai yang menjual sayur lodeh tersebut," kata Ketua Polis Belu, AKBP Yosep Krisbianto menerusi laporan Antara, pada Selasa.

Beliau mengulas mengenai kes penemuan sebatang jari manusia berserta kuku dalam makanan selepas pelanggan membeli di sebuah gerai di daerah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Suami kerat isteri... organ dibakar, direbus di belakang rumah

Selain pemilik gerai, katanya, pasukan penyiasat juga memeriksa pemilik kilang tauhu bagi makanan itu.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tidak dikenal pasti asal jari tersebut.

Bukan itu sahaja, polis juga memeriksa beberapa pekerja gerai berkenaan, namun tidak menemui sebarang kesan luka di setiap jari mereka.

"Kita juga bertanya kepada doktor, dan disahkan bahawa ia memang potongan jari manusia," katanya.

Beliau berkata, kes tersebut termasuk pemilik jari tersebut kini dalam siasatan. - Okezone

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain