suria

Tak masuk akal! Aktiviti berbogel makin popular, festival tanpa seurat benang diadakan Julai tahun depan

Tinjaun mendapati aktiviti bogel semakin diterima dalam kalangan individu dewasa British.

TINJAUAN yang dibuat oleh British Naturism baru-baru ini mendapati 14 peratus daripada individu dewasa British (6.75 juta orang) menganggap diri mereka sebagai nudist atau naturist.

Ia menunjukkan peningkatan sebanyak lapan peratus sejak angka terakhir diambil pada 2011, memberi gambaran bahawa rakyat negara itu semakin terbuka dengan aktiviti berbogel.

39 peratus individu berkata bahawa mereka telah mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut seperti berenang secara bogel atau melawat pantai bogel.

Selain itu, 22 peratus berkata mereka telah berbogel bersama orang lain dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

Generasi muda juga terlibat dalam aktiviti itu kerana 47 peratus golongan di bawah umur 24 tahun mengatakan mereka telah berbogel dengan orang lain pada tahun lepas.

Menurut Presiden British Naturism, Dr Mark Bass, aktiviti itu member kebebasan kepada individu untuk berseronok dan menjadi diri sendiri.

"Sikap terhadap kebogelan berubah dengan pantang larang dan stigma yang semakin terhakis.

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu bernafsu aneh, ditangkap dalam keadaan bogel ketika buat aksi seks dengan bangunan

"Masyarakat moden dibebani oleh krisis keyakinan badan dan semakin ramai orang menemui faedah yang dibawa oleh kebogelan kepada kesihatan mental, emosi dan fizikal dengan membenarkan kami menuntut semula pemilikan identiti kami.

"Apabila kita menghabiskan masa berbogel dengan orang lain, kita menyedari bahawa kita semua mempunyai parut dan kecacatan, dan kita tidak perlu membandingkan diri kita dengan model yang disunting foto mereka.

"Naturisme memberi kita kebebasan untuk menjadi diri sendiri dan berseronok," ujar Dr Mark Bass.

Pelayaran bogel Big Nude Boat dijangka diadakan pada Februari tahun depan di Florida.

Festival bogel juga akan kembali diadakan di Somerset pada Julai 2023, menawarkan aktiviti seperti mengecat tubuh, menari, memanah, karaoke dan macam-macam lagi. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain