suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pembaca berita profesional! Terus jalankan tugas walau tertelan lalat

Farah tertelan lalat ketika sedang membaca berita.

SEORANG pembaca berita di Canada, Farah Nasser secara tidak sengaja tertelan lalat ketika sedang bersiaran langsung.

Ketika kejadian, Farah, pembaca berita bagi saluran televisyen Global News sedang membaca berita mengenai banjir di Pakistan.

Sedang asyik menyampaikan berita, Farah tiba-tiba terlihat seperti tercekik dengan dia terdiam seketika.

Bagaimanapun wanita itu menyambung kembali membaca berita seperti tiada apa yang berlaku.

Fara kemudian berkongsi video dia tertelan lalat dalam media sosial di Twitter.

"Saya sengaja berkongsi rakaman ini kerana kita semua perlukan gelak ketawa untuk menghadapi hari-hari mendatang," katanya dalam laman sosial berkenaan.

Tindakannya yang profesional dan bijak mengawal situasi mendapat pujian orang ramai. - Dailymail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain