suria

Mesej tular Ratu Elizabeth II diculik! Nak lari dengan Diana, tapi wang tebusan 'ciput'

Mesej yang menyatakan Ratu Elizabeth II diculik dan bukan mangkat seperti yang dilaporkan.

TEMPOH berkabung kemangkatan Ratu Elizabeth II baharu sahaja memasuki hari keempat, namun sosial media dipenuhi dengan mesej yang mendakwa mendiang sebenarnya diculik.

Malah, menerusi satu tangkap layar mesej yang dikongsikan di laman Twitter, individu tidak bertanggungjawab itu turut meminta sejumlah pampasan sebagai wang tebusan bagi membebaskan mendiang.

"Hai, saya Ratu saya tidak mati tapi diculik," demikian mesej yang tular.

Individu terbabit kemudian meminta £500 (RM2,609) sebagai tebusan dan mendakwa bahawa mereka bersama 'kapten tom' iaitu Kapten Thomas Moore, veteran perang dan pengumpul dana NHS yang meninggal dunia pada Februari 2021 pada usia 100 tahun.

Seorang lagi individu yang menggunakan akaun @_CarLocos_, turut mendakwa sebagai mendiang Ratu Elizabeth II dan meminta sejumlah wang bagi meninggalkan United Kingdom.

"Helo, ini Ratu Elizabeth II, saya tidak mati.

"Tetapi saya memerlukan £200 (RM1,043) untuk meninggalkan negara ini, saya juga mempunyai Diana bersama," ciapnya.

Bagaimanapun, orang ramai tidak mempercayai ciapan berkenaan malah turut memberi amaran terhadap pelaku terbabit.

Ratu Elizabeth II mangkat di Istana Balmoral di Aberdeenshire pada Khamis, 8 Ogos. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain