suria

Uncang teh didakwa pernah digunakan Ratu Elizabeth II dijual di eBay pada harga RM53,976!

Uncang teh ini dikatakan pernah digunakan oleh Ratu Elizabeth II yang diseludup keluar dari Istana Windsor pada 1998.

SUSULAN kemangkatan Ratu Elizabeth II, ramai yang cuba 'mengambil kesempatan' menjual barangan yang pernah digunakan baginda, sebagai kenangan bagi memperingati tempoh 70 tahun pemerintahannya.

Satu uncang teh telah disenaraikan di laman eBay, yang didakwa telah digunakan oleh mendiang sebelum ia dikatakan diseludup keluar dari Istana Windsor pada 1998.

"Ini adalah uncang teh yang mungkin anda lihat di CNN pada akhir 1998.

"Miliki satu cebisan sejarah! Tak ternilai!" demikian kapsyen yang tertulis pada senarai tersebut.

Uncang teh berkenaan dijual pada harga $12,000 (RM53,976.00)

Penjualnya yang berasal dari Georgia, Amerika Syarikat berkata 'artifak diraja' itu disertakan bersama dengan Sijil Ketulenan yang dikeluarkan oleh 'Institut Kecemerlangan dalam Sijil Ketulenan'.

Ratu Elizabeth II, ratu yang paling lama memerintah Britain, meninggal dunia pada Khamis di Istana Balmoral, ketika berusia 96 tahun.

Upacara pengebumian akan diadakan selepas 10 hari tempoh berkabung rasmi. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain