suria

Masjid berusia 120 tahun muncul semula selepas tiga dekad tenggelam

Masjid ini muncul semula selepas 30 tahun tenggelam.

SEBUAH masjid yang dilaporkan ditenggelami air sejak tiga dekad lalu, 'muncul' semula kesan perubahan cuaca teruk yang berlaku di Selatan Asia.

Masjid yang terletak di Bihar, Nawada, India dilaporkan muncul semula kerana air yang semakin surut akibat kemarau di Empangan Phulwaria.

Menurut laporan media tempatan, penduduk mengatakan masjid yang dikenali sebagai Masjid Noori itu mula tenggelam pada tahun 1985 selepas Empangan Phulwaria dibina.

Ketinggian masjid dari tanah sehingga kubah dianggarkan sekitar 30 kaki.

Sebaik air surut, penduduk tempatan masuk ke dalam masjid tersebut terkejut kerana strukturnya masih kukuh dan tidak ada sedikit kerosakan pun.

Ramai yang mendakwa bahawa masjid itu telah siap dibina pada awal abad ke-20 dan dianggarkan berusia kira-kira 120 tahun.

Sungguhpun tiada sumber yang sahih mengenai usia sebenar masjid tersebut, namun seni bina kubahnya yang dilihat lebih tajam dibandingkan dengan kubah yang dibina pada zaman Mughal menjadikan tanggapan berkenaan logik. - The Express Tribune

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain