suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pendapatan lebih RM20.8 juta! YouTuber kanak-kanak tayang kemewahan, sering naik kapal layar

Super Siah mencatatkan pendapatan lebih RM20.8 juta.

YOUTUBER kanak-kanak terkenal sanggup berhabis ribuan pound bagi mendapatkan rekaan pakaian mewah serta bersantai di atas kapal layar.

Menjalani kehidupan sebagai seorang superstar, Messiah Bently yang baru berusia 9 tahun turut menyatakan dia adalah kanak-kanak yang terhebat selepas berjaya mencipta nama dalam arena rap pada 2017.

Turut digelar Super Siah, dia mula terkenal di YouTube bersama keluarganya sebelum mencebur minat dalam muzik.

Malah, dia dikatakan kerap berkongsi klip lucu bersama dua adik beradik dan ibu bapanya apabila dia tidak menunjukkan bakat yang dimiliki.

Menurut Famous People Today, susulan daripada itu, pendapatan bersih yang diterimanya dianggarkan bernilai £4 juta (RM20.8 juta) sebelum dia memasuki sekolah menengah.

Terdahulu, Super Siah kerap berkongsi kehidupan gaya hidup mewahnya dengan 753,000 pengikut di laman Instagram. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain