suria

Britain berkabung... Ribuan penduduk berkumpul di pintu pagar Istana Buckingham ratapi kemangkatan Ratu Elizabeth II

Ribuan penduduk Britain yang berkabung berhimpun di luar pintu pagar Istana Buckingham. Foto: Shutterstock

BRITAIN ketika ini sedang berkabung berikutan kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Merupakan pemerintah paling lama dalam sejarah dunia moden iaitu bagi tempoh 70 tahun dan tujuh bulan, baginda mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland, dengan dikelilingi ahli keluarganya.

Kemangkatan baginda mencetuskan suasana yang penuh beremosi, dengan ribuan penduduk yang berkabung berhimpun di luar pintu pagar Istana Buckingham dan bangunan diraja lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Putera sulung Ratu Elizabeth II terajui takhta, digelar Raja Charles III

Orang ramai juga meletakkan bunga di luar Istana Windsor, lokasi di mana baginda menghabiskan banyak masanya selepas kematian Putera Philip, pada April tahun lalu.

Peminat keluarga Diraja Britain juga meletakkan bunga di luar kedutaan British termasuk di Washington, Berlin dan Oslo.

Charles, putera sulung baginda yang akan dimahkotakan sebagai Raja Charles III turut meratapi kemangkatan bondanya.

"Pemergian ibu tercinta saya adalah saat yang paling menyedihkan bagi saya dan semua ahli keluarga.

'Kami begitu berduka atas pemergian seorang pemerintah yang dihormati dan seorang ibu yang sangat disayangi. Saya tahu kehilangannya akan sangat dirasai di seluruh negara, jajahan Komanwel dan orang ramai di seluruh dunia," ujarnya. - Dailymail.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain