suria

Huggy Wuggy: Ibu bapa seluruh dunia gerun dengar lirik lagu, anak pula suka

Huggy Wuggy menyebabkan ibu bapa di seluruh dunia berada dalam 'ketakutan'.

MAINAN versi mewah watak permainan video pembunuh Huggy Wuggy telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan ibu bapa di seluruh dunia.

Mana tidaknya, ia merupakan mainan 'wajib ada' bagi kanak-kanak meskipun lirik lagunya menggalakkan pembunuhan menerusi pelukan erat.

Malah video yang dihasilkan juga mendorong kanak-kanak untuk melakonkan semula apa yang ditonton dengan berpelukan erat di taman permainan sambil membisikkan plot jahat.

Walaupun mempunyai penarafan umur 8+ (8 tahun ke atas), kebanyakan ibu bapa masih menyuarakan rasa takut di media sosial selain menjadikannya sebagai medium supaya taraf umur untuk permainan tersebut diletakkan lebih tinggi kerana kekejamannya.

Antara versi warna patung Huggy Wuggy yang dijual di pasaran.

Antara versi warna patung Huggy Wuggy yang dijual di pasaran.

Seorang ibu telah mendakwa bahawa anak perempuannya yang berusia enam tahun telah mengalami mimpi ngeri sejak dua bulan lalu kerana Huggy Wuggy.

ARTIKEL BERKAITAN: Tema hari jadi ‘Huggy Wuggy’ didakwa tak sesuai untuk kanak-kanak, netizen tegur Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.... “Bahaya! Banyak unsur negatif”

"Ia benar-benar mesej subliminal yang memberitahu anak-anak untuk membunuh ibu bapa mereka dan memeluk orang ramai hingga mati," katanya dalam forum Reddit.

Terdahulu, watak beruang berwarna biru dengan senyuman mulut merah sehingga menampakkan puluhan gigi tajam telah mengakibatkan sesetengah kanak-kanak trauma.

Tambahan pula, terdapat banyak video Huggy Wuggy yang semakin tidak terkawal dan menjadi lebih kejam dalam pembunuhannya di laman YouTube.

Antara video tersebut adalah, Huggy Wuggy menyanyikan lagu yang mengandungi lirik seperti 'saya boleh peluk awak di sini selama-lamanya, sehingga awak menghembuskan nafas terakhir bersama-sama'.

Huggy Wuggy ialah watak jahat dalam Poppy Playtime, permainan video seram yang terletak di kilang mainan yang usang. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain