suria

Wang potret Ratu Elizabeth II masih laku - Bank of England

Masyarakat mula mempersoalkan penggunaan matawang yang mempunyai wajah mendiang Ratu Elizabeth II.

KEMANGKATAN Ratu Elizabeth II pada petang Khamis membuatkan ramai tertanya-tanya sama ada wang yang terpampang wajah baginda masih laku digunakan atau tidak.

Memahami kebimbangan warganya itu, Bank of England tampil mengesahkan bahawa kesemua matawang yang memaparkan mendiang Ratu Elizabeth II akan kekal sah.

Bank of England berkata, matawang tersebut nota akan kekal sah sehingga pengumuman lanjut dibuat sebaik sahaja tempoh berkabung tamat.

Sebagai penghormatan kepada baginda mendiang, gabenor Bank of England Andrew Bailey meluahkan rasa sedih yang tidak terhingga atas pemergian ratu.

"Bagi pihak semua orang di bank, saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada Keluarga Diraja.

ARTIKEL BERKAITAN: Britain berkabung... Ribuan penduduk berkumpul di pintu pagar Istana Buckingham ratapi kemangkatan Ratu Elizabeth II

ARTIKEL BERKAITAN: Putera sulung Ratu Elizabeth II terajui takhta, digelar Raja Charles III

"Bagi kebanyakan daripada kita, dia adalah satu-satunya ketua negara yang pernah kita kenali dan akan dikenang sebagai tokoh yang memberi inspirasi kepada negara kita dan Komanwel," ujarnya.

Terdahulu, beliau menyatakan FTSE 100 meleset apabila berita kematian baginda mendiang diumumkan.

Ia adalah sekitar 7,240 sebelumnya, tetapi turun secara mendadak kepada 7,181.40 apabila berita itu tersebar.

Bagaimanapun, ia pulih perlahan-lahan kira-kira dua jam kemudian, namun tidak ke tahap seperti ketika ia dibuka. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain