suria

Ralit rakam pemandangan, penumpang kereta api berputih mata telefon bimbit diragut ‘Spiderman’

Tangkap layar (screenshoot) insiden ragut telefon bimbit oleh seorang lelaki yang bergayut di palang jambatan.

SEORANG lelaki 'berputih mata' apabila telefon bimbit miliknya diragut ketika sedang merakam pemandangan Sungai Ganga.

Ketika kejadian, penumpang lelaki yang dikenali sebagai Sameer Kumar menaiki kereta api Inter City Express yang dalam perjalanan dari Katihar ke Patna.

Sameer leka merakam pemandangan Sungai Ganga dari tepi pintu ketika kereta api itu melintasi Jambatan Rajendra Setu yang menghubungkan Patna dan Begusarai.

Dalam sekelip mata, tiba-tiba telefon bimbit Sameer hilang daripada genggaman tangannya membuatkan lelaki itu tergamam dengan apa yang baru berlaku.

Dalam masa yang sama, seorang penumpang lain turut merakam pemandangan Sungai Ganga di belakang Sameer.

Selepas diteliti rakaman daripada telefon bimbit penumpang tersebut, rupa-rupanya telefon bimbit Sameer diragut oleh seorang lelaki yang bergayut di palang jambatan ala-ala Spiderman.

Video insiden itu dimuat naik di Twitter @indianbakchod. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain