suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kucing terima ‘ijazah’ selepas ikuti kelas online dengan pemilik, siap pakai jubah konvo

Gadis itu turut membeli jubah dan topi graduasi khas untuk kucing miliknya. Foto: Twitter @FrancescaBourdi. .

TAHNIAH Suki.

Biarpun Suki seekor kucing, si comel ini turut diraikan ketika Hari Graduasi 2022 Universiti Texas di Austin, baru-baru ini.

Pemiliknya, Francesca Bourdier, mengambil keputusan untuk meraikan hari tamat belajar bersama haiwan itu selepas mereka banyak meluangkan masa bersama sepanjang kelas dalam talian diadakan.

"Ya, Suki ikuti setiap kuliah atas talian menerusi Zoom bersama saya. Jadi kami akan sama-sama menamatkan pengajian dari Universiti Texas di Austin.

"Suki sentiasa berada di sebelah saya. Setiap kali saya ikuti kuliah Zoom, Suki juga seakan-akan mahu mendengarnya dan Suki sentiasa duduk di sebelah laptop saya.

"Jadi, saya terfikir untuk raikan Suki ketika hari graduasi saya," kata Bourdier.

Gadis itu turut membeli jubah dan topi graduasi khas untuk kucing miliknya.

Perkongsian Bourdier mengenai kucingnya itu turut tular dan meraih lenih 56,000 ulang ciap di Twitter. - Fox 7.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain