suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cuti tapi diminta hadir ke sekolah, murid perempuan trauma dicabul guru

Seorang murid berusia 12 tahun dicabul oleh seorang guru. -gambar hiasan

SEORANG murid perempuan berusia 12 tahun di Gembong, Pati di Jawa Tengah, Indonesia mengalami trauma selepas disyaki dicabul oleh gurunya.

Menurut seorang peguam mewakili mangsa, Honis Andrea, kes telah dilaporkan kepada Polis Pati.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru cabul pelajar tepi masjid

"Kita telah buat laporan semalam. Kita masih menunggu proses seterusnya.

"Kita berharap pelaku ditahan. Keluarga mangsa mahu keadilan," kata Honis ketika dihubungi pada Selasa.

Menurut Honis, guru yang didakwa menjadikan murid sebagai sasaran untuk gangguan seksual melakukan perkara itu pada bulan lalu (Mei).

Walaupun hari cuti, mangsa bersama rakan-rakan sekelasnya diminta untuk hadir ke sekolah bagi menyelesaikan tugasan.

"Mangsa dan rakan-rakan disuruh hadir untuk menyiapkan tugasan meskipun mereka sedang bercuti," kata Honis.

Malangnya, mangsa yang terakhir menyiapkan tugasan berdepan dengan serangan seksual oleh guru kelas.

"Selepas balik sekolah, mangsa menangis di rumah rakannya. Tidak berani pulang ke rumah kerana takut.

"Mangsa akhirnya bercerita setelah dijemput oleh keluarganya," tambah Honis.

Sementara itu, polis Pati mengesahkan laporan dibuat berhubung dakwaan cabul.

Menurut polis, siasatan kini sedang berjalan. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain