suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru cabul pelajar tepi masjid

SIDOARJO: Kes cabul remaja bawah umur kembali menggemparkan Sidoarjo, Jawa Timur selepas seorang guru didakwa mencabuli pelajar perempuan berusia 14 tahun sebanyak empat kali.

Perbuatan tidak senonoh itu dilakukan Abdul Syukur, 32, selepas berkenalan dengan mangsa melalui media sosial, MiChat.

Kedua mereka akhirnya bersetuju untuk bertemu.

Lelaki tersebut kemudiannya menyewa kereta dan berjumpa dengan mangsa di kawasan masjid Kelurahan Sarirogo, Kecamatan Kota Sidoarjo.

Sejurus remaja perempuan itu memasuki keretanya, dia bertindak mencium dan meraba kemaluan mangsa.

"Perbuatannya sangat melampau kerana ia dilakukan dalam kereta yang diparkir berhampiran masjid. Pelaku yang sudah berkahwin ditangkap penduduk ketika sedang bercumbu sebelum dipukul oleh mereka. Ibu bapa mangsa kemudiannya membuat aduan kepada polis," kata jurucakap polis, Muhammad Harris, pada Rabu.

Guru terbabit telah didakwa di bawah undang-undang perlindungan kanak-kanak dan bakal berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun jika disabit bersalah. - Kompas.com
MiChat, Sidoarjo

Artikel Lain