Trump cadang bina tembok di Gurun Sahara sekat pendatang masuk Eropah - Dunia | mStar

Trump cadang bina tembok di Gurun Sahara sekat pendatang masuk Eropah

Donald Trump. Foto AFP

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mencadangkan tembok dibina di Gurun Sahara bagi menyekat kemasukan pendatang ke Eropah, dakwa Menteri Luar Sepanyol, Josep Borrell.

Borrell mendakwa presiden AS memberi cadangan membina tembok pdang pasir sebagai versi Eropah bagi temboknya di sempadan AS-Mexico.

Gurun Sahara berkeluasan hampir 4,828 kilometer, kira-kira lebih 1,609 kilometer berbanding sempadan Mexico.

Memetik laporan El Pais, Borrell bagaimanapun berkata, Trump memberitahunya supaya membina tembok di Sahara sambil menyebut "Sempadan dengan Sahara tidak boleh lebih besar daripada kami punya dengan Mexico."

Gurun Sahara. Foto Aurora Open

Cadangan itu selepas Trump mendakwa imigrasi mengubah budaya di Eropah.

Beliau sebelum ini mengaitkan migrasi dengan serangan pengganas.

"Ia adalah perkara yang sangat negatif buat Eropah. Saya tahu politiknya tidak semestinya betul untuk mengatakannya, tetapi saya akan lantang bersuara mengenainya. - Mirror Online UK

Gurun Sahara , Donald Trump

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Artikel Lain