suria

Lelaki terkejut ular kepala hancur hidup semula selepas 90 minit ditembak

SEEKOR ular yang telah dibunuh 90 minit lalu, nampaknya hidup semula dan mungkin kembali untuk membalas dendam.

Video ular ini dirakamkan di Coosa County, Alabama.

"Suami saya baru sahaja pergi ke kebunnya. Apabila sampai ke penghujung kebun dia mengetuk pagar dan ketika itulah dia melihat seekor ular," kata isteri kepada lelaki dalam video itu, Kerry Forbus.

"Dia menghubungi saya yang baru sahaja menghantarnya dan menyuruh saya berlari ke rumah dan ambil senjata. Dia kemudian menembak kepala ular itu dengan senapang patah.

"Dia kemudian meninggalkan ular itu di kebun selama kira-kira satu jam sehingga dia selesai membajak batasnya.

"Kemudian dia mengambil ular itu dengan alat penangkap dan meletakkannya di belakang trak untuk ditunjukkan kepada abangnya. Ketika itu ia tidak bergerak.

"Ketika sampai di rumah abangnya ular itu mula bergerak! Dia membunuh ular itu pada pukul 12.30 tengah hari. Video ini diambil sekitar jam 2 petang.

"Selepas dikejutkan oleh ular itu, dia memutuskan untuk meninggalkannya di belakang trak sehingga kira-kira pukul 6 petang. Pada masa itu ular akhirnya mati!," kata isterinya.

Wanita itu berkata ada yang mengecamnya selepas menonton video itu kerana ular tersebut akhirnya mati juga.

"Cuba bayangkan ular itu 'mencari' lelaki yang menembak kepalanya untuk bertanya 'kenapa kamu buat macam tu? Saya tak kacau kamu tapi kamu tembak kepala saya'.

"Saya cukup yakin itulah yang saya akan katakan jika seseorang menembak kepala saya dengan peluru kerana saya menyebabkan mereka takut," katanya.

ular, tembak

Artikel Lain