suria

Wanita nekad tembak mati anjing jalanan, balas dendam atas kematian anak perempuan

Tindakan wanita berkenaan dikecam aktivis hak asasi haiwan.

SEORANG ibu bertindak nekad menembak mati seekor anjing liar selepas mendakwa haiwan berkenaan telah menyerang anak perempuannya.

Dalam rakaman video yang kini tular di media sosial, wanita tersebut dapat dilihat berjalan ke arah seekor anjing jalanan dan melepaskan tembakan ke arah haiwan berkenaan.

Kejadian berlaku di daerah barat Beqaa, Lubnan.

Wanita tersebut yang kini telah menyahaktifkan akaun Facebooknya, berkata bahawa dia menembak anjing itu kerana ia telah 'melancarkan serangan maut' ke atas anak perempuannya.

Dia mendakwa anak perempuannya dimasukkan ke hospital kira-kira sebulan lalu dan disahkan meninggal dunia berikutan kejadian tersebut.

Bagaimanapun butiran lanjut mengenai umur anak perempuan wanita berkenaan dan kecederaan yang dialaminya tidak didedahkan.

Rakaman kejadian tembakan anjing itu telah dikongsi secara meluas di media sosial, sekaligus mencetuskan kemarahan kumpulan hak asasi haiwan dan juga menteri pertanian Abbas Al-Hajj Hassan.

Menteri itu menggesa pihak berkuasa tempatan untuk melancarkan siasatan, sambil menambah bahawa dia telah menghubungi peguam negara di wilayah itu mengenai perkara tersebut. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain