suria

Mat salih buat hal lagi, kali ini menari sambil bogel di puncak gunung

Dengan gerakan melompat, dia menari sambil menyanyi sebuah lagu yang merupakan sebahagian daripada ritual Suku Maori di New Zealand.

DESTINASI pelancongan popular Bali sekali lagi tular gara-gara seorang lelaki asing yang berbogel di puncak Gunung Batur.

Video tersebut dikongsi menerusi akaun @mind_body_healer oleh pemiliknya iaitu Jeff Craigen.

Dalam video tular berkenaan, Jeff menari telanjang sambil menyanyi berlatarbelakangkan gunung yang indah

Jeff mengaburkan zakarnya dalam visual tersebut.

Dengan gerakan melompat, dia menari sambil menyanyi sebuah lagu yang merupakan sebahagian daripada ritual Suku Maori di New Zealand.

Dalam semua catatannya, Jeff tidak pernah menulis nama lokasi.

Namun berdasarkan pemerhatian, warga asing ini disyaki tinggal di Bali.

Kerana tindakannya dianggap tidak wajar, pihak imigresen kini sedang mengesan lokasi sebenarnya.

"Kami telah pantau, pasukan kami sedang mengumpul bahan dan maklumat,” kata Ketua Pejabat Imigresen Kelas I Khas TPI Denpasar Tedy Riyandi dalam mesej ringkas kepada detikBali pada Ahad. - Detik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain