suria

Karung misteri ditemui tergantung pada pokok, penduduk setempat ketakutan minta orang ramai berjaga-jaga

Foto objek itu dikongsi menerusi Facebook oleh seorang individu dikenali sebagai Emily JC.

KEHADIRAN karung misteri pada sebatang pokok di sebuah taman di United Kingdom (UK) mula menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk setempat.

Karung pelik yang turut kelihatan seperti sarang itu berwarna kuning air dan coklat yang mana ia dianggarkan memiliki kepanjangan kira-kira 25 sentimeter (sm), tergantung dalam keadaan menyeramkan pada sebatang pokok.

Foto objek itu dikongsi menerusi Facebook oleh seorang individu dikenali sebagai Emily JC, lapor BirminghamLive.

"Ada idea apakah ini, Stourbridgians? Tergantung dari pokok di taman," tulisnya di Facebook.

Orang ramai bertindak balas dengan pantas, hadir dengan teori termasuklah yang mendakwa ia merupakan tumbuhan eksotik dan kelawar.

Menurut Emily, dia berpendapat bahawa karung itu merupakan sejenis pod tumbuhan.

Terdapat 18 spesies kelawar di UK, 17 daripadanya membiak di kawasan itu, tetapi nampaknya tiada yang sepadan dengan warna kuning air dan coklat objek misteri itu.

Ada yang bersetuju dengan teori seorang lelaki yang mendakwa bahawa ia merupakan tumbuhan Gliditsia Sinensis yang turut dikenali sebagai belalang madu Cina.

Gliditsia Sinensis ialah tumbuhan purba yang biasa digunakan dalam perubatan tradisional Cina.

Ia juga digunakan sebagai cecair pencuci pakaian. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain