suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis halang trafik beri laluan kepada menteri, bayi 8 bulan meninggal dunia gara-gara lewat tiba di hospital

Bayi malang tersebut meninggal dunia gara-gara lambat tiba di hospital selepas tersekat dalam trafik. Gambar hiasan

SEORANG bayi berusia lapan bulan meninggal dunia akibat lewat tiba di hospital kerana kenderaan yang dinaikinya tersekat dalam kesesakan trafik.

Ibu bapa bayi malang tersebut, Ganesh dan Eshwaramma berkata, ketika kejadian pada Jumaat lalu, mereka sedang membawa anak mereka yang sakit ke hospital dengan beca roda tiga.

Namun trafik dihalang polis untuk memberi laluan kepada upacara perarakan bagi mengalu-alukan kedatangan menteri yang baharu dilantik, Usha Sricharan.

Kejadian berlaku berhampiran Kalyandurgam di daerah Anantapur, India, pada malam Jumaat lalu.

Pasangan itu mendakwa kelewatan selama setengah jam untuk membawa bayi mereka ke hospital menjadi punca kematiannya.

Penduduk tempatan termasuk ibu bapa bayi malang itu mengadakan bantahan di luar hospital untuk menuntut tindakan tegas terhadap anggota polis yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut. - Indiatimes.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain