suria

Lucu! Selepas berucap 40 minit, Joe Biden berjabat tangan dengan ‘angin’

Video aksi lucu Biden dimuat naik di Twitter dan menerima lebih 6 juta jumlah tontonan dalam masa sehari.

SEBUAH klip video memaparkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden cuba berjabat tangan dengan 'udara', menjadi tular di media sosial.

Warganet menjadi keliru dan mendapati insiden tersebut lucu kerana mereka tidak dapat meneka apa yang cuba dilakukan oleh Presiden AS itu.

Pada hari Khamis, Biden melawat Greensboro, Carolina Utara, dan memberikan ucapan hampir 40 minit di North Carolina Agricultural and Technical State University.

Selepas menamatkan ucapannya, Biden berpaling ke arah kanan pentas dan menghulurkan tangannya dalam kedudukan berjabat tangan.

Bagaimanapun, tiada orang lain di atas pentas dan tiada seorang pun daripada tetamu yang menghampiri Biden untuk berjabat tangan.

Video itu yang dimuat naik di Twitter telah menerima lebih 6 juta jumlah tontonan dalam masa sehari. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain