suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saudi peruntukkan 34 laluan khas tawaf buat jemaah umrah

Saudi peruntukkan 34 laluan khas tawaf buat jemaah umrah

PENJAGA Ehwal Dua Masjid Suci memperuntukkan 34 laluan di kawasan tawaf untuk jemaah umrah selepas menguatkuasakan semula langkah-langkah pencegahan dan berjaga-jaga di Masjidil Haram.

Pengarah Pentadbiran Perancangan Awam, Ayman Falamban, berkata semua persediaan yang perlu sudah dilakukan bagi memudahkan jemaah dan untuk jemaah umrah melaksanakan ibadah mengikut masa-masa tertentu.

Antara langkah-langkah yang diambil termasuk menampal pelekat penjarakan sosial di kawasan solat bagi memastikan jemaah mematuhi penjarakan sosial yang ditetapkan serta semua langkah pencegahan lain.

Beliau menambah agensi itu komited untuk melaksanakan semua piawai keselamatan dan bermutu buat semua penziarah ke Masjidil Haram dengan mengamalkan beberapa prosedur seperti penjarakan sosial selain memperuntukkan laluan tertentu.

Ia bertujuan menambah baik tahap perkhidmatan yang ditawarkan ketika musim umrah dan pada masa yang sama, menegaskan lagi betapa pentingnya jemaah mematuhi penjarakan sosial serta pemakaian pelitup muka, terangnya. - Saudi Gazette

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain