suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar! Anak lembu berkepala dua, badan seperti babi

Anak lembu berkepala dua dengan badannya seperti babi. foto Ninel Karacakova/Newsflash

SEORANG peladang di Rusia digemparkan dengan kelahiran seekor anak lembu mutan berkepala dua dengan badan seperti seekor babi.

Haiwan aneh itu menyerupai dua ekor babi lebih daripada seekor lembu yang baru lahir.

Namun, anak lembu itu tidak dapat diselamatkan selepas kelahirannya, malah turut mengorbankan ibunya.

Susulan laporan yang dibuat oleh peladang mengenai keanehan itu, doktor haiwan mengkaji anak lembu berkenaan yang lahir di kampung Matkechik, Khakassia awal bulan ini.

Gambar menunjukkan haiwan tidak bernyawa itu kelihatan berwarna merah jambu dibaringkan di atas tanah.

Berdasarkan penelitian terhadap kepada dua kepala haiwan tersebut, kedua-dua matanya kelihatan tertutup seperti dijahit.

Selain itu, lidah masing-masing kelihatan terjelir.

Menerusi media sosial, penduduk setempat memberitahu bahawa anak lembu mutan itu tidak dapat diselamatkan ketika lahir, dan ibunya mati beberapa hari kemudian. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain