suria

Melecur teruk... kulit payudara wanita ini ‘cair’ selepas pengsan atas kuali mendidih

Abbie bersyukur terselamat dalam kejadian itu. foto SWNS

PAYUDARA seorang wanita melecur tahap tiga selepas dia pengsan pada kuali ayam yang sedang mendidih.

Insiden itu mengakibatkan kulit payudaranya 'cair'.

Sebelum kejadian, Abbie Reynolds, 29, sedang berbual dengan rakan serumahnya Margaret Williams apabila dia tiba-tiba menyedari dia mengalami masalah untuk mengikuti perbualan itu.

Penglihatan ahli psikologi sekolah itu menjadi kabur, dan dia mula melihat 'bintik hitam'.

Tidak dapat menangani keadaan itu, dia cuba untuk baring.

Abbie berkata: "Margaret menyuruh saya pergi dan duduk. Perkara terakhir yang saya ingat adalah berjalan ke arah ruang tamu, tetapi nampaknya saya berhenti dan berpaling untuk melihat semula microwave yang berada di atas dapur. Saya pitam dan rebah pada makanan yang sedang dimasak.

"'Ia sangat menyakitkan. Saya fikir saya akan mati. Saya tidak pernah mengalami apa-apa yang begitu menyakitkan... malah bersalin pun tidak akan sesakit itu," tambahnya.

Susulan kejadian itu, dia dikejarkan ke Hospital MedStar di Washington DC, Amerika Syarikat (AS), dan menjalani tiga pembedahan.

payudara melecur 2

Antara kecederaan yang dialami Abbie. foto SWNS

Dia dibenarkan keluar dari hospital selepas 20 hari menjalani rawatan dan kini belajar menerima kesan lecur dan serta keadaan terkini pada badannya.

Abbie berkata: "Saya tidak akan menjadi orang yang sama secara fizikal atau mental sebelum kemalangan itu. Itu adalah perkara yang sangat sukar untuk diterima.

"Perkara pertama yang saya rasa apabila saya melihat luka bakar saya adalah terkejut, saya tidak pernah melihat kulit saya kelihatan seperti itu. Ia berwarna kelabu.

"Kemudian saya berasa takut, saya benar-benar ketakutan. Bila saya mempunyai masa untuk memikirkan apa yang berlaku, saya berasa takut," katanya.

"Tersedar selepas setiap pembedahan merupakan salah satu bahagian yang paling sukar. Ia sangat traumatik.

"Kecederaan akibat kemalangan itu adalah perkara yang sangat sukar untuk diterima. Anda pada dasarnya perlu meratapi badan dan kehidupan lama anda sambil cuba menerima dan menghargai diri dan kehidupan baru anda.

"Tapi keadaan itu membuatkan saya untuk menjadi lebih baik kepada diri sendiri dan menghargai tubuh ini terhadap semua perkara indah berlaku pada diri saya," katanya.

Abbie berkata, parut 'besar' itu membuatkannya sedar betapa banyak masa dibazirkannya mengenai ketidaksempurnaan kecil yang orang lain tidak menyedarinya. - Metro UK

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Messi menang anugerah Ballon d'Or