suria

Wanita berwajah Barbie mengamuk di hospital, serang jururawat

Dia mengamuk kerana berang tidak dibenarkan masuk untuk melawat neneknya.

SIKAP panas baran wanita ini membawa padah apabila dia dijatuhkan hukuman penjara selama 16 minggu.

Kerry Miles, 37, yang pernah membuat pembedahan plastik untuk kelihatan seperti patung Barbie didakwa di mahkamah selepas mengamuk di sebuah hospital pada 26 Ogos tahun lalu.

Dalam kejadian itu, dia menyerang jururawat ketika berada di wad orang tua dan turut merosakkan komputer.

Dia bertindak demikian kerana berang tidak dibenarkan masuk untuk melawat neneknya.

Pada waktu itu, sekatan lawatan pesakit diperkenalkan bagi mengekang penularan Covid-19.

Pada Isnin, Mahkamah Majistret Chelmsford, Essex, England menjatuhkan hukuman penjara ke atas wanita itu atas tuduhan mencederakan penjawat awam. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain