suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Melintas jalan dekat garisan penamat, penonton cedera dirempuh pelumba basikal

Video kejadian turut dikongsi ke laman Twitter.

MALANG tidak berbau.

Begitulah kisahnya mengenai wanita ini yang cedera dalam satu kemalangan dengan seorang pelumba basikal pada Sabtu lalu.

Menerusi kejadian di El Hierro, Pulau Canary di kepulauan Sepanyol, wanita itu melintas jalan ketika perlumbaan basikal Salmor Bike sedang berlangsung.

Dia kemudiannya secara tidak sengaja dilanggar oleh seorang pelumba basikal lelaki yang sedang memecut ke garisan penamat.

Kedua-dua mereka mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital untuk menjalani rawatan.

Malah, wanita itu dikatakan mengalami kecederaan serius.

Video kejadian itu turut dikongsi ke Twitter.

Ia sehingga kini sudah meraih lebih 12,000 tontonan. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain