suria

Nak cantik punya pasal, ibu muda akhirnya terlantar… jantung terhenti ketika prosedur sedut lemak

Rustam (baju hitam) telah memfailkan aduan terhadap pakar bedah plastik dan pakar bius klinik swasta berkenaan.

SEORANG wanita terpaksa menghabiskan masanya di atas katil hospital sejak empat tahun selepas terlantar gara-gara degupan jantungnya terhenti semasa menjalani rawatan menyedut lemak.

Sabina Abbas, 32, inginkan penampilannya kelihatan lebih menarik, justeru dia membuat janji temu untuk menjalani prosedur menyedut lemak serta pembedahan hidung di sebuah klinik swasta.

Pembedahan dikendalikan oleh seorang doktor yang hanya dikenal pasti dengan nama singkatannya A. F. di klinik berkenaan pada Julai 2017.

Namun degupan jantung ibu kepada dua cahaya mata itu tiba-tiba terhenti ketika prosedur menyedut lemak dan ‘rhinoplasty’ (pembedahan hidung) dilakukan secara serentak.

Doktor berjaya ‘menghidupkan’ semula degupan jantung Sabina selepas kira-kira empat minit dan wanita itu dikejarkan ke hospital.

"Hati isteri saya berhenti selama empat minit semasa pembedahan. Doktor memberitahu saya bahawa ‘keadaan dia akan bertambah baik’, namun kemudian mereka memindahkannya ke cawangan hospital lain di pusat bandar.

"Dia baru berusia 32 tahun. Kami mempunyai dua anak, seorang berumur enam tahun dan seorang lagi berusia empat tahun sekarang. Mereka sedang menunggu ibu mereka pulang," kata suami Sabina, Rustem Abbas.

Rustem dilaporkan telah memfailkan aduan terhadap pakar bedah plastik dan pakar bius, yang hanya dikenali sebagai E. O.

Dia mendakwa bahawa isterinya telah menghabiskan masa di hospital selama empat tahun, termasuk dua tahun di unit rawatan rapi. - MIRROR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain