suria

Dua beranak terjumpa sepucuk surat cinta di bawah jubin lantai rumah, dipercayai berusia lebih 100 tahun!

Seorang remaja menemui sepucuk surat cinta berusia lebih 100 tahun yang tersembunyi di bawah jubin lantai biliknya.

SEORANG remaja berusia 14 tahun dan ibunya terkejut apabila menemui sepucuk surat cinta tersembunyi di bawah lantai salah sebuah bilik tidur kediaman mereka di Preston, United Kingdom.

Menurut laporan media tempatan, remaja berkenaan sedang membersihkan biliknya apabila peti televisyen terjatuh dan menyebabkan beberapa keping jubin lantai pecah.

Ketika membersihkan serpihan jubin-jubin berkenaan, dua beranak itu ternampak sekeping kertas di mana ia rupa-rupanya sepucuk surat cinta.

Disebabkan tulisan tangan pada surat berkenaan tidak begitu jelas dan tidak dapat dibaca, mereka memuat naik imejnya di Facebook untuk meminta bantuan warga maya.

Selepas berjaya diterjemahkan, difahamkan si penulis surat, seorang lelaki yang dikenali sebagai Habgood atau Halgood, memberitahu kekasihnya yang sudahpun berkahwin betapa dia sangat rindu untuk berjumpa dengannya setiap tengah malam.

Ada yang mengatakan, surat cinta tersebut dipercayai berusia lebih daripada 100 tahun.

Ini kerana kediaman yang didiami dua beranak itu merupakan sebuah rumah yang dibina pada tahun 1917, malah tulisan tangan di surat tersebut juga menjurus kepada gaya tulisan tahun 1920an. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Lain