suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tersilap tekan pedal, Lamborghini tenggelam dalam tasik

Kereta tersebut memerlukan lima anggota bomba, sepasukan penyelam bomba, trak tunda dan sebuah kren untuk dikeluarkan dari tasik.

SEBUAH Lamborghini terbabas ke dalam tasik selepas pemandu keliru antara pedal pemecut dan brek semasa mahu mengundurkan kereta itu.

Pemilik kenderaan tersebut telah memandu sepanjang bandar Mondsee Austria dan silap menekan pedal sehingga mengundurkan kereta Lamborghini Huracánnya ke dalam tasik.

Polis Austria mengatakan pemandu itu dalam perjalanan dari Mondsee menuju Unterach am Attersee bersama seorang rakan ketika kemalangan itu berlaku.

Penumpangnya keluar dari kereta sementara pemandu cuba keluar ketika kenderaan itu mengundur ke dalam tasik Mondsee.

"Pasti berlaku kekeliruan diantara brek dan pedal pemecut sehingga memandu ke belakang ke dalam tasik Mondsee." kata mereka dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut pihak berkuasa, kenderaan itu tenggelam kira-kira 15 meter dari tebing tasik.

Walaupun kereta tenggelam, pemandu itu dapat menyelamatkan diri dan berenang ke darat.

Mereka kemudian dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Usaha menyelamat melibatkan lima anggota bomba, sepasukan penyelam bomba, sebuah trak tunda dan kren.

Menurut perkhidmatan bomba, keseluruhan operasi itu mengambil masa tiga jam untuk mengeluarkan kereta mewah itu dari tasik. - INDIA TIMES

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain