suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakaman misteri... Lelaki terkejut UFO berlegar atas bumbung rumah

Rakaman foto yang menunjukkan imej UFO terapung di atas bumbung rumah. foto Daily Star

SEORANG lelaki dikejutkan dengan penemuan objek terbang tidak dikenali (UFO) menerusi rakaman gambar di langit pada waktu malam, berhampiran Lickey Hills di England.

Ketika kejadian, David Suszek memandu di Rubery, Worcestershire, pada Jumaat minggu lalu sebelum mengambil gambar bulan di sebalik awan.

Lelaki berusia 63 tahun itu berkata, dia tidak melihat sesuatu yang pelik semasa keluar sekitar pukul 8.10 malam pada 15 Oktober.

Namun, dia mendapati terdapat objek misteri di atas bumbung setelah melihat gambar itu dua hari kemudian.

Bercakap kepada WorcestershireLive, Suszek berkata, dia tidak pasti sama ada pemandangan luar biasa itu adalah fenomena cuaca atau sesuatu yang lebih menakutkan.

"Niat saya adalah untuk menangkap pemandangan bulan di sebalik awan yang menakjubkan.

"Selepas memeriksa foto dengan teliti, saya mendapati objek kecil seperti bola di sebelah kanan foto di atas bumbung rumah.

"Reaksi awal saya adalah 'Adakah itu UFO? Ia kelihatan sepertinya!'." katanya. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

UFO, penemuan misteri, rakaman misteri,

Artikel Lain