suria

Wanita berusia 70 tahun lahirkan anak sulung selepas lebih 4 dekad berkahwin

Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki setelah 45 tahun berkahwin.

SEORANG wanita berusia 70 tahun dari Gujarat, India selamat melahirkan anak sulungnya, di daerah Kutch, bulan lalu.

Jivuben Rabari dan suaminya Valjibhai Rabari, 75, menyambut kelahiran anak pertama mereka iaitu seorang bayi lelaki bernama Lalo, yang dilahirkan melalui kaedah pembedahan.

Walaupun proses kelahiran itu merupakan cabaran besar bagi para doktor, namun keberanian Jivuben meniupkan semangat untuk mereka melakukan yang terbaik.

Pasangan warga emas berkenaan telah berkahwin selama 45 tahun dan tidak dikurniakan cahaya mata walaupun setelah berdekad mencuba.

Mereka akhirnya dianugerahkan dengan seorang anak melalui kaedah In Vitro Fertilisation (IVF).

"Pada mulanya kami menjadikan kitaran haidnya teratur dengan memberikan ubat oral. Kemudian melebarkan rahimnya yang menyusut kerana usia.

“Kami melakukan pembenihan pada telurnya dan mencipta blastocyst lalu memindahkannya ke dalam rahim," kata pakar sakit puan, Dr Naresh Bhanushali.

Doktor melakukan sonografi selepas dua minggu dan terkejut melihat janin berkembang,

seterusnya melakukan pemerhatian berterusan.

Mereka kemudiannya mengesan degupan jantung serta melihat tiada sebarang kecacatan pada janin bagi meneruskan kehamilan. - INDIA TIMES.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain