suria

Nenek nyaris ditimpa batu meteor tembusi atap ketika sedang tidur

meteor

SEORANG warga emas bernasib baik apabila nyaris terkena batu meteor yang menembusi bumbung rumahnya ketika dia sedang tidur.

Insiden tersebut berlaku pada 3 Oktober lalu di kediamannya di Golden, British Columbia, Kanada, kira-kira pukul 11.50 malam.

Batu meteor tersebut yang menembusi bumbung rumah Ruth Hamilton, 66, 'mendarat' di atas bantal yang terletak bersebelahan dengan wanita tua tersebut.

Ruth berkata dia terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi dentuman kuat pada siling rumahnya, sebelum ternampak seketul batu di atas bantal di sebelahnya.

"Apa yang berlaku selepasnya, hanya serpihan pada wajah saya. Saya turun katil dan buka lampu.

"Saya tak tahu apa yang perlu dilakukan, jadi saya hubungi talian 911," katanya.

Polis yang tiba di rumah Ruth memeriksa batu tersebut dan mendapati ia bukan datang dari kawasan sebuah pembinaan.

Hanya satu perkara yang menjelaskan situasi tersebut, bahawa batu berkenaan adalah meteorit. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain