suria

Tak pandai bawa kereta manual, tiga pencuri kempunan

Kereta yang digunakan pencuri terbabit untuk melarikan diri.

PERCUBAAN tiga lelaki mencuri kereta gagal kerana mangsa yang dipilihnya mahir seni mempertahankan diri selain kereta mangsa menggunakan transmisi manual.

Pejabat Sheriff di Wilayah Staffor, Virginia berkata, polis dipanggil ke Anytime Fitness di Stafford, Virginia, Washington selepas beberapa orang ternampak insiden pergaduhan serta cubaan tiga lelaki tersebut untuk mencuri kereta di tempat letak kereta sekitar jam 5 petang pada Selasa.

Suspek dikenalpasti sebagai Jabez Clark,19, Korey Richardson,18 dan Jacob Land yang berusia 20 tahun.

Ketiga-tiga mereka didakwa memukul mangsa dengan kayu beberapa kali, namun mangsa yang mahir seni mempertahankan diri bertindak melawan semula.

Salah seorang suspek bagaimanapun berjaya merampas kunci kereta mangsa dan meluru masuk ke dalam kereta.

Namun penyerang terbabit gagal melarikan diri kerana mereka tidak pandai memandu kereta dengan transmisi manual, kata polis.

Mereka kemudiannya berputus asa dan memilih untuk melarikan diri sebelum orang ramai tampil untuk membantu mangsa.

Ketiga-tiga suspek melarikan diri menggunakan kenderaan mereka sendiri.

Pihak berkuasa memberitahu suspek memandu sebuah kereta sedan Acura berwarna putih dengan nombor plat Mississippi.

Kesemua mereka berjaya diberkas dan ditahan di lokap daerah Rappahannock. - Daily Mail.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berikut

Artikel Lain