suria

Cari bangkai kapal karam, terjumpa sotong gergasi bersaiz lebih besar daripada manusia

Sotong gergasi dikesan tahun lalu tetapi hanya dikenal pasti pada September 2021. foto OceanX/YouTube

SOTONG merupakan salah satu makhluk paling misteri di lautan, maka apabila ia muncul dalam kamera, sekali gus menjadi perhatian.

Itulah yang berlaku kepada sekumpulan penyelidik yang berusaha menjelajah kedalaman Laut Merah, pada tahun lalu.

Mereka tidak hanya menemui kapal karam, tetapi kamera bawah air juga berjaya merakamkan sotong gergasi yang kelihatan lebih besar daripada manusia.

Imej makhluk itu berjaya dirakamkan ketika mencari bangkai kapal 'Pella', yang karam pada November 2011.

Walaupun penampakan itu berlaku tahun lalu, mereka baru mengenal pastinya sebagai sotong purpleback pada September 2021.

Ia bagaimanapun bukanlah mitos sotong gergasi yang boleh membesar sehingga 60 kaki atau 18 meter panjangnya, tetapi ia masih penemuan yang luar biasa.

Rodrigue merupakan sebahagian daripada OceanX, pasukan ahli biologi marin dan pembuat filem yang menyelam sejauh 2,800 kaki (853 meter) di bawah permukaan Laut Merah.

Sebahagian daripada peralatan mereka termasuk piring selam kawalan jauh (ROV) dapat memasuki kedalaman hingga 19,685 kaki (6,000 meter).

Rodrigue meminta bantuan daripada ahli zoologi NOAA, Dr Michael Vecchione yang menyimpulkan bahawa makhluk misteri itu adalah sotong purpleback gergasi.

Vecchione menunjukkan ukuran sirip haiwan itu berbanding dengan tubuhnya mendapati ia bukan sotong gergasi.

Siripnya pendek dan lebar dan membentuk bentuk kepala panah. Namun, bagi sotong gergasi ia biasanya berukuran besar dan berotot. - Metro UK

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain