suria

Tiada sijil lahir gara-gara nama anak terlalu panjang, suami isteri tulis surat terbuka kepada Presiden Jokowi

Kanak-kanak ini masih belum mempunyai sijik lahir meskipun sudah berusia tiga tahun.

GARA-GARA mempunyai nama yang cukup panjang dengan terdiri daripada 19 perkataan, ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki ini menghadapi kesukaran untuk memperoleh sijil kelahiran anak mereka.

Suami isteri, Arif Akbar dan Suci Nur Aiysiah menamakan anak lelaki mereka yang lahir pada 6 Januari 2019 dengan nama Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi-Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta.

Mereka memanggilnya dengan nama timangan 'Cordo'.

Pasangan dari Jawa Timur itu meluahkan kebimbangan kerana anak mereka masih belum mempunyai dokumen penting berkenaan sejak dilahirkan.

"Saya sudah berjuang tiga tahun untuk mengurus dokumen kelahiran ke pejabat kerajaan, setiap kali datang kami disuruh menunggu.

"Sampai terakhir, diberikan solusi mengganti nama anak," katanya.

Lantaran itu, pasangan berkenaan akhirnya menulis surat terbuka kepada Presiden Indionesia, Joko Widodo (Jokowi) bagi meluahkan masalah yang dihadapi mereka.

Dalam surat terbuka itu, pasangan tersebut berharap Jokowi dapat memberikan solusi kepada permasalahan tersebut tanpa mengubah atau mengganti nama anak mereka. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain