suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya mahu mengisi air radiator, lelaki ini sanggup tenggelamkan kereta dalam sungai

Pemuda itu sengaja tenggelamkan keretanya kerana mahu mengisi air di dalam radiator setelah menukar termostat.

SEORANG lelaki di Washington AS dilaporkan memberitahu pihak berkuasa bahawa dia sengaja menenggelamkan keretanya di sungai kerana mahu mengisi radiatornya dengan air.

Dalam kejadian yang berlaku pagi Selasa lalu, pihak berkuasa mengatakan pemilik kereta itu memberitahu polis bahawa dia sengaja memandu keretanya ke sungai untuk mengisi air ke dalam radiatornya setelah menggantikan termostat, demikian menurut laporan.

Kru kecemasan bertindak setelah menerima panggilan daripada beberapa penduduk tempatan yang melaporkan melihat sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) model Chevrolet berwarna biru di Sungai Yakima.

Ketika tiba di tempat kejadian, timbalan dari Pejabat Sheriff Daerah Yakima dilaporkan menjumpai kenderaan itu di dalam air dan pemiliknya berada berhampiran.

Pasukan kecemasan kemudian menunda kereta itu keluar dari sungai dan masih tidak jelas sama ada sebarang tindakan akan dikenakan terhadap pemandu SUV tersebut.- INDIA TIMES

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain