suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malas cuci akuarium, isteri akhirnya goreng ikan peliharaan suami

Dia menggoreng ikan tersebut bukan sahaja kerana sikap malas suaminya, malah ikan tersebut juga sudah jatuh sakit.

PELBAGAI ragam manusia dapat kita saksikan menerusi paparan video di aplikasi TikTok.

Terbaharu, tular video memaparkan seorang wanita sedang menggoreng ikan kelisa.

Disebalik video itu, tersembunyi kisah yang mungkin boleh mencetuskan 'perang' antara dia dan suaminya.

Menurut Mia Kurniawan, dia berang gara-gara suaminya malas mencuci akuarium ikan berkenaan.

Sebagai balasan, dia akhirnya menggoreng ikan tersebut di dalam kuali dengan menggunakan minyak panas.

Video itu sehingga kini meraih 3.9 juta tontonan.

Jelas wanita itu, dia sebenarnya menggoreng ikan tersebut bukan sahaja kerana sikap malas suaminya, malah ikan tersebut juga sudah jatuh sakit.

Difahamkan, suami Mia sedih akan tindakan itu, namun mereka kini sudah berbaik. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain