suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki kerdil diiktiraf Guinness World Records sebagai ahli bina badan terpendek di dunia

Pratik mahu mencipta rekod dunia lain iaitu melakukan tekan tubi terbanyak dalam satu minit

SEORANG atlet India yang berketinggian tiga kaki empat inci (101.6 cm) telah merangkul gelaran Guinness World Records sebagai ahli bina badan terpendek di dunia.

Pratik Vitthal Mohite berkata dia mencuba nasib untuk meraih gelaran tersebut selepas dicadangkan seorang rakannya.

"Adalah menjadi impian saya untuk meraih gelaran Guinness World Records dan suatu kehormatan untuk mencapainya.

"Saya sangat gembira dan hingga kini ini akan menjadi pencapaian terbesar saya dalam karier saya,” kata Pratik.

Pratik memberitahu Guinness World Records bahawa dia mula membina badan pada tahun 2012 dan mengambil bahagian dalam acara kompetitif pertamanya pada tahun 2016.

"Keluarga begitu gembira dan bangga dengan saya dan rakan-rakan sangat menyokong dan membantu," katanya.

Pratik dilahirkan dengan lengan dan kaki pendek yang luar biasa dan kemudian didiagnosis sebagai kerdil.

Ahli bina badan itu berkata dia kini mempunyai misi untuk memecahkan rekod dunia lain iaitu melakukan tekan tubi terbanyak dalam satu minit.- INDIA TIMES

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain